AMBILAN FEBRUARI 2026 TELAH DIBUKA
Sijil Hafazan Tahfiz Mustawa (SHTM) adalah program pensijilan hafazan Al-Quran secara berperingkat yang dianjurkan oleh Kolej Darul Huffaz Johor dengan kerjasama UTMSPACE. Program ini bermatlamat untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada pelajar tahfiz berdasarkan tahap hafazan masing-masing melalui sistem penilaian yang telus dan berkualiti.
Peperiksaan diadakan pada setiap bulan di setiap daerah.
Warganegara : Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
Had Umur : Terbuka untuk semua lapisan umur.
Hafazan : Telah menghafaz juz yang dikehendaki.
Dokumen Wajib : Memerlukan surat pengesahan hafazan dan pengesahan kehadiran kelas (minimum 8 jam) daripada institusi tahfiz.
Terdapat enam peringkat hafazan yang boleh dipilih oleh peserta:
Mustawa Awwal : Juz 1 - 5
Mustawa Thani : Juz 6 - 10
Mustawa Thalis : Juz 11 - 15
Mustawa Rabi' : Juz 16 - 20
Mustawa Khamis : Juz 21 - 25
Mustawa Kamil : Juz 26 - 30