AMBILAN OKTOBER TELAH DIBUKA
Mod Pengajian
📌 Kelas dalam talian pada hujung minggu sahaja
Tempoh Pengajian
📌 6 bulan (84 jam pertemuan)
Sijil Profesional Dakwah Islamiah adalah sebuah program pengajian yang direka khusus untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang dakwah dan bimbingan Islam. Program ini menyediakan pelajar dengan asas pengetahuan yang kukuh dalam bidang dakwah dan psikologi melalui gabungan teori dan aplikasi praktikal. Dengan fokus pada pembelajaran subjek-subjek utama seperti Asas Dakwah Islamiah, Psikologi Umum menurut Perspektif Islam, Metodologi Dakwah, dan Asas Bimbingan & Kaunseling, program ini bermatlamat untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan mesej Islam kepada pelbagai lapisan masyarakat dengan pendekatan yang berkesan dan berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.
Asas Dakwah Dalam Islam
Bimbingan Dan Kaunseling Menurut Perspektif Islam
Psikologi Umum Menurut Perspektif Islam
Metodologi Dakwah
Fiqh Ibadat
Aqidah Islamiah
Berumur 15 tahun ke atas
Berminat dan berdisiplin tinggi